• illc7 ed

  • usm1

  • 05

    PERTANDINGAN CHINESE BRIDGE 2017 UNIVERSITI MALAYA

     1

    Pelajar Kejuruteraan Menang Tempat Ketiga Pertandingan Tautan China 2017

           Seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kejuruteraan mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Chinese Bridge 2017 yang dianjurkan oleh Hanban di Institut Kongzi, Universiti Malaya pada 13 Mei lalu.

    Sherylyn Jouti, pelajar Kejuruteraan Polimer, Tahun 4, memperoleh kejayaaan itu. Sherylyn akan mewakili Malaysia ke Program Sekolah Musim Panas Shanghai 2017 (Program Kebudayaan Kulinari) pada Jun nanti. Program yang akan dijalankan selama 28 hari ditanggung sepenuhnya oleh pihak Hanban. Sepanjang program tersebut, peserta akan didedahkan kepada makanan dan tradisi serta tempat-tempat yang menarik di Shanghai, China.

    Selain Sherylyn, USM Kampus Kejuruteraan turut menghantar dua orang wakil lagi iaitu Noor Shafika bBt Mohd Rafee (Kejuruteraan Elektrik, Tahun 2), dan Mohammad Taufiq Haiqal bin Mohammad Musa (Kejuruteraan Mekanikal, Tahun 2). Nor Shafika dan Mohammad Taufiq Haiqal berjaya menempatkan diri dalam 10 kedudukan teratas dan membawa pulang RM100. Para peserta telah menjalani latihan selama sebulan di bawah bimbingan Puan Khor Gek Suan, Guru Bahasa Mandarin, Kampus Kejuruteraan.

           Chinese Bridge ialah pertandingan tahunan antarabangsa yang dianjurkan oleh Hanban, Pertandingan ini mengandungi dua bahagian iaitu pungucapan awam dalam bahasa Cina dan persembahan bakat. Juara dan Naib Juara pertandingan akan mewakili Malaysia ke pertandingan akhir yang akan diadakan di Beijing, China. Manakala pemenang ketiga ditawarkan program Summer Camp di Shanghai, China. Program ini mendapat sambutan hangat daripada universiti seluruh Malaysia. Seramai 26 peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

                    USM Kejuruteraan telah menghantar wakil sebanyak dua kali untuk pertandingan ini. Pertandingan ini merupakan peluang keemasan untuk para pelajar yang berkeinginan mempelajari bahasa cina dengan lebih lanjut lagi.

    ixICON-PELAJARxICON-BAKAL PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNIixICON-DIREKTORIxICON-CAMPUS ONLINE