• illc7 ed

  • usm1

  • 05

    PELAJAR KAMPUS KEJURUTERAAN MENANGI TEMPAT KE-3 PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU MANDARIN

    7

    Nibong Tebal 26 Mei – Seorang pelajar kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya meraih tempat ketiga keseluruhan dan anugerah sebutan terbaik dalam Pertandingan Nyanyian Lagu Mandarin antara Universiti untuk Penutur Asing di Shah Alam baru-baru ini.
     
    Sherylyn Jouti, pelajar tahun tiga kejuruteraan polimer, berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan yang berlangsung pada 21 Mei 2016 bersama 19 orang pelajar lain. Peringkat separuh akhir berlangsung sehari sebelumnya.
     
    Sherylyn mendendangkan lagu ‘She say’ (她说) oleh JJ Lin, dalam pertandingan yang julung-julung kalinya diadakan dan disertai oleh 38 peserta itu.
    Pertandingan yang berlangsung di Dewan Annex, Universiti institusi Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor itu adalah sempena Sidang Kemuncak Pertama Bahasa Mandarin untuk Penutur Asing di Malaysia 2016.

    Penyertaan Sherylyn dan seorang lagi pelajar kejuruteraan USM, Nurmizan Maidin (Kejuruteraan Polimer, Tahun 4) adalah atas daya usaha Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, Kampus Kejuruteraan, USM.

    Guru Bahasa Cina USM yang juga guru pembimbing peserta tersebut, Puan Khor Gek Suan yang jelas gembira dengan kejayaan itu berkata, beliau mengambil masa dua bulan untuk membimbing Sherylyn dan Nurmizan menyampaikan lagu dalam bahasa Mandarin.

    Pertandingan nyanyian bahasa Mandarin ini khusus untuk individu yang bukan berbangsa Cina. Tujuannya adalah untuk mempertingkat kemahiran berbahasa Mandarin dalam kalangan mahasiswa. Ia mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa universiti seluruh Malaysia.

    Juri-juri pertandingan ini terdiri daripada golongan yang sangat berpengalaman dan aktif dalam muzik. Mereka bergiat aktif dalam muzik di dalam dan luar negara.
    Sherylyn (kiri) dan Nurmizan dengan hadiah masing-masing selepas menyertai Pertandingan Nyanyian Lagu Mandarin antara Universiti untuk Penutur Asing di Shah Alam baru-baru ini.
     
    Teks: Khor Gek Suan

    ixICON-PELAJARxICON-BAKAL PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNIixICON-DIREKTORIxICON-CAMPUS ONLINE