• sollat1

  • sem1 BI

  • thumbnail KSCP Banner 1920 BM

  • PBLT3

Karnival Kebudayaan Cina Kebangsaan 2018 (NCCC 2018)

ncc1

        Enam orang pelajar Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu Ahmad Zaki bin Mohamed Rosli,Nurliyana binti AbuHasan Sazalli,Durgashene a/Vengedesweren, Kavipriya Arumugam, Sivasangary a/p Ragupathy, dan Rajaviknesswaran A/L Singaravelan  dari pelbagai pusatpengajian telah menyertai Pertandingan Pertunjukan Kostum Cina untuk Penutur bukan Cina 2018.

ncc2

          Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar bukan penutur jati bahasa Cina dari IPTA/IPTS seluruh Malaysia. Pertandingan ini merupakan pertandingan pakaian berpasangan.Setiap pasangan diberi masa selama 4-5 minit untuk memperagakan pakaian tradisional masyarakat Cina secara berpasangan mengikiut kreativitimasing-masing.

         Selain itu, pasangan tersebut juga dikehendaki menyampaikan dua buah puisi pendek Cina dari Dinasti Tang. Separuh akhir pertandingan ini telahdiadakan di Dewan Sri Jerai, UiTM Cawangan Kedah dan menerima penyertaan daripada 25 kumpulan. Hanya 10 kumpulandipilih ke peringkat akhir dan duadaripada tiga pasangan Kampus Kejuruteraan USM yang menyertai pertandingan tersebut telah melayakkan dirike peringkat akhir.

         Kedua-dua pasangan itumemperagakan pakaian mereka di Amanjaya Mall, Sungai Petani. Guru Bahasa Cina USM, Kampus Kejuruetraan yang juga guru pembimbing peserta tersebut,Puan Khor Gek Suan yang jelas gembira dengan pencapaian itu berkata, beliau mengambil masa sebulan untuk membimbing pelajar-pelajarnya menyampaikanpuisi dalam bahasa Mandarin.

 

Teks: Khor Gek Suan

 

 

 

 

 

ixICON-PELAJARxICON-BAKAL PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNIixICON-DIREKTORIxICON-CAMPUS ONLINE