• sollat1

  • sem1 BI

  • thumbnail KSCP Banner 1920 BM

  • PBLT3

2 Pelajar USM Kampus Kejuruteraan Menang Persembahan Cemerlang Pertandingan Nyanyian Mandarin

khor4

        Dua orang pelajar Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) memenangi kategori Persembahan Cemerlang dalam Pertandingan Nyanyian Lagu Mandarin bagi Pelajar Universiti dan Kolej seluruh Malaysia kali Ke-5 baru-baru ini.Liew Xianyun dan Tee Kang Hau memenangani anugerah tersebut dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Institut Kong Zi, Universiti Malaya pada 24 N0v. 2018.Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori Cina dan kategori bukan Cina. Bagi setiap kategori, 20 orang dipilih daripada pusingan pertama untuk masuk ke pusingan akhir. Pertandingan ini dibuka kepada semua pelajar universiti dan kolej di seluruh Malaysia.

khor1

      Guru Bahasa Cina Kampus Kejuruteraan USM, Puan Khor Gek Suan ialah tenaga pengajar bagi kedua-dua orang peserta dan beliau juga sebagai guru pembimbing bagi petandingan ini.Puan Khor Gek Suan yang jelas gembira dengan pencapaian itu berkata, beliau mengambil masa sebulan untuk membimbing pelajar-pelajarnya menyanyi lagu bahasa Mandarin dari segi kemahiran dan strategi iaitu teknik pernafasan, latihan intonasi, tempo dan gaya persembahan.

ixICON-PELAJARxICON-BAKAL PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNIixICON-DIREKTORIxICON-CAMPUS ONLINE