• sollat1

  • sem1 BI

  • thumbnail KSCP Banner 1920 BM

  • PBLT3

Kelas Vokal Oleh Puan Khor Gek Suan

image003

Seorang guru bahasa Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT), Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengendalikan kelas vokal untuk pelajar institusi pengajian itu dan ahli-ahli kelab muzik LittleGras pada 23 Oktober 2019 yang lalu.

Dalam satu kenyataan, LitleGras yang menganjurkan program berkenaan berkata, Puan Khor Gek Suan dijemput untuk mengendalikan kelas tersebut berdasarkan pengalamannya yang luas dalam bidang vokal. Selain bertugas sebagai guru bahasa Cina, beliau adalah tenaga pengajar koir bagi Pusat Rancangan Kokurikulum, Kampus Kejuruteraan.

image001

Dalam kelas tersebut, para pelajar diterangkan tentang jenis-jenis domain vokal dan kaedah mencari domain vokal sendiri dengan cara yang betul. Selain itu, tayangan video digunakan sebagai contoh untuk para peserta.

Para peserta juga diberi peluang untuk mendendangkan lagu dengan kaedah yang telah diajarkan. Dengan cara itu, kesilapan peserta dapat dibetulkan dan cara-cara menyanyi yang betul dapat diaplikasikan.

image002

Menurut kenyataan itu lagi, kelas separuh hari yang berakhir pada pukul 5:00 petang itu telah memberikan pengetahuan vokal yang sangat berguna kepada para peserta.

Seramai 40 orang peserta, yang terdiri daripada pelajar tahun satu hingga tahun empat Kampus Kejuruteraan, USM dan ahli-ahli Kelab Muzik LitleGras, menyertai kelas vokal ini.

ixICON-PELAJARxICON-BAKAL PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNIixICON-DIREKTORIxICON-CAMPUS ONLINE