Skip to main content

School of Languages Literacies & Translation  l  Engineering Campus

Kelestarian di Universiti Sains Malaysia (USM) bermula sejak penubuhannya pada 1969. Secara umumnya, ekosfera di dalam kampus mempunyai elemen yang menyeluruh seperti udara, air, tanah, tenaga, manusia, perilaku kemanusiaan, hati dan qalbu. Integrasi dan sinergi kesemua elemen ini akan memastikan kelestarian kampus dapat direalisasikan pada jangka masa yang berkekalan. Sehubungan dengan itu, setiap individu mempunyai peranan untuk dimainkan melalui inisiatif kendiri, tindakan proaktif berpasukan dan kesukarelawanan melalui pembangunan lestari dalam kampus. Bagi memastikan kelestarian USM, Bahagian Kelestarian Kampus di bawah Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelastarian Institusi (TNC JIM&KI) menganjurkan konsep Pejabat Hijau/Desasiswa Hijau (GreenOffice/GreenDesa) dengan melaksanakan audit kelestarian di seluruh kampus USM.


PEJABAT HIJAU

Konsep pejabat hijau/desasiswa hijau ialah pendekatan yang lestari dan mesra alam untuk mereka bentuk dan mengendalikan ruang pejabat sama ada di pusat pengajian, pusat penyelidikan, pusat perkhidmatan dan desasiswa. la melibatkan pelaksanaan amalan dan dasar yang mengurangkan kesan alam sekitar dalam amalan dan penggunaan seharian di pejabat, seperti mengurangkan penggunaan tenaga, meminimumkan sisa dan mempromosikan pilihan pengangkutan yang lestari. Konsep pejabat hijau/desasiswa hijau perlu diterapkan dalam amalan seharian untuk mengurangkan jejak karbon dan menggalakkan kelestarian. la boleh membawa kepada penjimatan kos melalui pengurangan penggunaan tenaga dan kos pelupusan bahan buangan, serta peningkatan semangat dan produktiviti staf.

MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI

Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDGs) diperkenalkan pada tahun 2015 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). SDGs adalah rangka tindakan untuk mencapai masa depan yang lebih baik dan lestari untuk semua. la menangani cabarancabaran global yang kita hadapi, termasuk yang berkaitan dengan kemiskinan, ketidaksamaan, perubahan iklim, kemerosotan alam sekitar, keamanan dan keadilan. Terdapat 17 matlamat yang telah ditetapkan demi mencapai resolusi bersama "Mengubah Dunia Kita: Agenda 2030 untuk Pembangunan Lestari" Kesemua 17 matlamat tersebut adalah saling berkait, dan untuk memastikan tiada siapa yang ketinggalan. Sasaran 17 matlamat ini adalah penting untuk dicapai menjelang 2030.

LIMA KOMPONEN UTAMA

USM mengamalkan lima (5) kriteria dan amalan dalam merealisasikan Pejabat Hijau/ Desasiswa Hijau iaitu: