Skip to main content

School of Languages Literacies & Translation  l  Engineering Campus

Forum Konfusianisme

IMG 5622

Forum Konfusianisme 2019 di Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT), Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM).

Puan Khor Gek Suan merupakan seorang guru bahasa di Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT), Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengendalikan Seminar Konfusianisme kepada pelajar Kampus Kejuruteraan USM pada 12 Oktober 2019 di BLT 1 Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT), Kampus Kejuruteraan.

Persatuan Bahasa TiongHua merupakan penganjur program berkenaan telah menjemput Puan Khor Gek Suan, Profesor Lin Rong Ze dari Taiwan dan Encik Lennie Tsz Yiu Heung dari Hong Kong untuk menjadi penilai seminar tersebut berdasarkan pengalaman mereka yang luas. Selain bertugas sebagai guru bahasa Cina, Puan Khor Gek Suan juga ialah guru penasihat Persatuan Bahasa TiongHua.

IMG 5640

Dalam forum tersebut, para pelajar diterangkan tentang ‘I-CHING’ dan sikap sendiri yang baik dengan cara yang betul berdasarkan ‘I-CHING’. Selain itu, Puan Khor Gek Suan , Profesor Lin Rong Ze dan Encik Lennie Tsz Yiu Heung juga memberi nasihat kepada para pelajar supaya mereka mengamalkan amalan yang baik dalam kehidupan mereka berdasarkan ‘I-CHING’.

IMG 5647

 Para peserta juga diberi peluang untuk menyumbangkan pendapat mereka berkaitan hubungan antara keluarga, sahabat, dan cinta dalam bentuk kumpulan berdasarkan ‘I-CHING’. Sekali gus dengan itu, pandangan peserta tentang hubungan antara keluarga, sahabat, dan cinta dapat pembetulan daripada hakim-hakim berdasarkan ‘I-CHING’.
IMG 5619

Forum konfusianisme berakhir pada pukul 12:00 tengah hari itu telah memberikan pengetahuan yang sangat berguna kepada para peserta.

Forum ini juga telah disertai oleh 30 orang peserta, yang terdiri daripada pelajar tahun satu hingga tahun empat Kampus Kejuruteraan, USM.