Skip to main content

School of Languages Literacies & Translation  l  Engineering Campus

NAIB JOHAN PIALA KEJUJURAN KE-17, TAIWAN

2a

USM KAMPUS KEJURUTERAAN, 21 November 2023: Unit Debat Persatuan Bahasa Tionghua, Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM)telah berjaya merangkul Naib Johan dalam Pertandingan Debat Mandarin Piala Kejujuran ke-17 yang berlangsung di Taiwan pada 17 hingga 19November 2023 baru-baru ini.

Prestasi cemerlang ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa bimbingan dan sokongan daripada guru penasihat. Oleh itu, Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru penasihat Unit Debat Persatuan Bahasa Tionghua, Kampus Kejuruteraan, iaitu Puan Khor Gek Suan atas jasa beliaudalam membimbing dan membantu para pendebat mencapai kejayaan ini. Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam merealisasikan kejayaan ini!

2e

2d