Skip to main content

Pusat Pengajian Bahasa, Literasi & Terjemahan | Kampus Kejuruteraan 

  • Warga Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT), Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin (KKTSS) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Dr. Khor Gek Suan kerana telah menerima Anugerah Pingat Jasa Masyarakat (P.J.M.) bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-85 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

    Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada warga PPBLT KKTSS untuk terus menyumbang bakti dan kecemerlangan kepada masyarakat, universiti serta negara.

    Diharapkan agar Dr. Khor Gek Suan terus dikurniakan kejayaan, kecemerlangan dan keberkatan dalam meneruskan kerjaya.

    Sekali lagi, tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan ini! 🎉

    Ikhlas daripada

    Warga Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Sains Malaysia.