Skip to main content

Pusat Pengajian Bahasa, Literasi & Terjemahan | Kampus Kejuruteraan 

BAHASA ARAB

Kursus bahasa asing yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan boleh diambil oleh pelajar sebagai kursus pilihan atau wajib atau untuk memenuhi bilangan unit yang diperlukan untuk pengijazahan. Pelajar tidak dibenarkan mendaftar lebih daripada satu kursus bahasa asing setiap semester. Mereka mesti melengkapkan sekurang-kurangnya dua peringkat kursus bahasa asing sebelum mereka dibenarkan mendaftar kursus bahasa asing yang lain. Walau bagaimanapun, pelajar tidak perlu melengkapkan keempat-empat peringkat kursus bahasa asing.
 
LAA100 – Bahasa Arab I

Bahagian awal kursus ini menekankan penggunaan bentuk tatabahasa Arab yang betul untuk tujuan komunikasi. Perbendaharaan kata, yang digunakan dalam situasi interaksi harian seperti dalam sapaan, perkenalan, penerangan tentang objek dan tempat biasa, juga diperkenalkan. Kemahiran menulis juga diberi penekanan yang sewajarnya melalui penyediaan latihan dan melalui peningkatan bahasa Arab melalui perbincangan teks berkaitan topik.

LAA200 – Bahasa Arab II

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada pelbagai kemahiran komunikasi yang digunakan dalam aktiviti harian. Bilangan item perbendaharaan kata yang penting untuk pemerolehan bahasa Arab akan ditambah melalui aplikasinya dalam kedua-dua tugas perbualan dan penulisan. Pelajar diperkenalkan dengan kata tanya dan preposisi yang menjadi asas interaksi/dialog yang berkesan. Item tatabahasa seperti ayat mudah menggunakan bentuk kata kerja kala sekarang dan lampau juga diperkenalkan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi.

LAA300 – Bahasa Arab III

Kursus ini menawarkan latihan dalam penggunaan kosa kata dan dalam pembinaan pelbagai pola ayat untuk keperluan komunikasi umum dan kompleks. Ia juga memperkenalkan penggunaan yang betul bagi pelbagai struktur ayat dengan memberikan penjelasan terperinci tentang bentuk kata kerja lampau, sekarang dan imperatif. Latihan dialog melalui pelbagai situasi perbualan seperti semasa majlis konvokesyen, dalam temu duga kerja, di terminal penerbangan dan semasa bercuti dititikberatkan dalam semua sesi pengajaran dan pembelajaran.

LAA400 – Bahasa Arab IV

Pada peringkat ini, penekanan diberikan kepada penggunaan tatabahasa yang tepat dan aplikasinya dalam situasi komunikatif. Penggunaan bahasa Arab dalam interaksi harian di hotel, bank, kompleks sukan, pusat membeli-belah dan dalam membandingkan gaya hidup bandar dan luar bandar diberi wajaran dalam kursus ini. Kemahiran menulis juga diberi penekanan yang sewajarnya melalui penyediaan latihan tambahan.