Skip to main content

Pusat Pengajian Bahasa, Literasi & Terjemahan | Kampus Kejuruteraan 

Program Sort, Clean & Recycle

 8.9.2026- Program Sort, Clean & Recycle telah dilaksanakan di Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT), Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin (KKTSS), Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai salah satu inisiatif untuk memupuk kesedaran dan membudayakan amalan kelestarian dalam kalangan warga kampus.

 Menerusi program ini, warga PPBLT digalakkan untuk mengamalkan konsep “Sort, Clean & Recycle” dengan mengasingkan serta mengumpulkan barangan yang boleh dikitar semula. Inisiatif ini bertujuan memastikan barangan kitar semula diuruskan secara lebih sistematik, di samping mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan.

 Barangan kitar semula yang berjaya dikumpulkan sepanjang program kemudiannya dihantar ke SERC untuk pengurusan dan proses kitar semula yang sewajarnya. Langkah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran sumber, malah menyokong usaha ke arah pengurusan sisa yang lebih bertanggungjawab dan lestari.

Pelaksanaan program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran warga PPBLT tentang kepentingan pengasingan sisa di punca serta menggalakkan penglibatan secara berterusan dalam amalan kitar semula. Usaha secara bersama ini selaras dengan komitmen PPBLT KKTSS USM dalam memperkukuh budaya kelestarian dan mewujudkan persekitaran kampus yang lebih bersih, teratur dan mesra alam.