EARTH HOUR
21 Mei 2026- Jawatankuasa Kelestarian PPBLT, Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, USM telah berjaya menganjurkan program “Turn Off Your Lights” bersempena sambutan Earth Hour. Program berimpak tinggi ini melibatkan penutupan lampu di beberapa bilik tutorial di PPBLT terpilih selama satu jam, iaitu dari pukul 12:00 tengah hari hingga 1:00 petang semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Inisiatif yang bertemakan “Switch Off for a Brighter Future” ini bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan warga kampus terutamanya pelajar kejuruteraan tentang kepentingan kecekapan tenaga serta usaha memelihara alam sekitar demi kelestarian masa hadapan.










