Skip to main content

School of Languages Literacies & Translation  l  Engineering Campus

PROGRAM FIT@WORK

 

28 JANUARI 2026- Program Fit@Work telah dilaksanakan dengan jayanya bagi menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan staf. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta membudayakan amalan senaman secara konsisten di tempat kerja. Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti senamrobik, regangan ringan, cabaran langkah harian serta sesi perkongsian mengenai kepentingan aktiviti fizikal. Penyertaan yang menggalakkan daripada staf jelas menunjukkan komitmen warga kerja terhadap penjagaan kesihatan diri. Program ini bukan sahaja membantu meningkatkan kecergasan, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kerja berpasukan.