Skip to main content

Pusat Pengajian Bahasa, Literasi & Terjemahan | Kampus Kejuruteraan 

PROGRAM GOTONG- ROYONG LESTARI

RABU, 11 FEBRUARI 2026 - Program Gotong-royong Lestari peringkat Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin anjuran Jawatankuasa Kelestarian PPBLTKJ telah berlangsung dengan penuh semangat dan komitmen daripada semua staf di sini. Aktiviti pembersihan melibatkan bilik tutorial, makmal bahasa, ruang pejabat am dan kawasan sekitar PTJ bagi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan kondusif. Peserta turut melaksanakan pengasingan sisa serta pengumpulan bahan kitar semula secara teratur. Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan tahap kebersihan kampus, malah memupuk nilai tanggungjawab bersama dan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Program ini mencerminkan komitmen berterusan warga PPBLTKJ membudayakan amalan lestari serta menyokong agenda kelestarian universiti secara menyeluruh.