Majlis Penarafan Bintang
MAJLIS PENARAFAN DAUN PEJABAT HIJAU
DISEMBER, 2025- PPBLT Kampus Kejuruteraan mencatat satu lagi kejayaan membanggakan apabila menerima penarafan lima daun sempena Majlis Penarafan Pejabat Hijau yang berlangsung baru-baru ini. Pencapaian tersebut merupakan pengiktirafan terhadap komitmen PPBLT dalam melaksanakan amalan hijau yang merangkumi pengurusan tenaga, pengurangan penggunaan kertas, penyediaan persekitaran kerja yang lestari serta pematuhan terhadap garis panduan kelestarian yang ditetapkan oleh pihak universiti.

Penganugerahan lima daun ini membuktikan usaha berterusan jabatan dalam memperkukuh budaya kerja mesra alam melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif seperti pengasingan sisa, penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga, aktiviti kitar semula dan penambahbaikan ruang kerja yang lebih efisien. Beliau turut menegaskan bahawa kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama padu antara staf dan pihak pengurusan yang sentiasa menyokong agenda kelestarian kampus. Pengiktirafan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada PPBLT untuk terus memperkasa amalan pejabat hijau.
