Skip to main content

School of Languages Literacies & Translation  l  Engineering Campus

PROGRAM MAKAN SIHAT @ LESTARI

FEBRUARI, 2026- Program Makan@Sihat telah berjaya dianjurkan dengan penyertaan aktif daripada semua staf Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin. Program ini bertujuan untuk memupuk amalan pemakanan sihat dalam kalangan warga kerja serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat.

Sepanjang program berlangsung, staf telah membawa pelbagai jenis makanan sihat seperti buah-buahan, kuih rendah gula, ulam-ulaman dan makanan yang sihat serta minuman tanpa gula tambahan. Kepelbagaian makanan yang disediakan bukan sahaja menarik perhatian, malah memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi idea dan resipi makanan sihat.

Program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara staf di samping menggalakkan budaya pemakanan seimbang di tempat kerja. Diharapkan inisiatif seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyokong kesejahteraan dan kesihatan bersama.