Skip to main content

Pusat Pengajian Bahasa, Literasi & Terjemahan | Kampus Kejuruteraan 

28 Julai 2026 – Kelab Staf Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT), Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin (KKTSS) telah berjaya menganjurkan program Pengenalan Seni Kaligrafi Cina.

Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk mendedahkan warga kerja PPBLT KKTSS kepada sejarah, keistimewaan, dan asas-asas kaligrafi yang merupakan sebahagian daripada warisan kebudayaan masyarakat Cina.

Menerusi bimbingan daripada Dr. Khor Gek Suan dalam sesi taklimat dan amali, para peserta telah mendapat peluang merasai sendiri pengalaman mempraktikkan teknik asas penulisan seni ini menggunakan alatan tradisional. Tanpa disedari, penglibatan dalam aktiviti secara langsung ini berjaya memupuk sikap sabar, teliti, serta disiplin yang tinggi dalam kalangan staf.

Pelaksanaan inisiatif ini dilihat sangat sejajar dengan matlamat kelab untuk meningkatkan apresiasi terhadap kepelbagaian budaya. Pada masa yang sama, program ini turut berfungsi sebagai medium untuk mengukuhkan ikatan silaturahim serta memupuk rasa saling menghormati sesama warga universiti.

Penganjuran program seumpama ini amat bertepatan dengan objektif teras Kelab Staf PPBLT KKTSS dalam memupuk penghargaan terhadap kepelbagaian budaya secara inklusif sejurus menjadi platform terbaik untuk melepaskan tekanan kerja, mengeratkan hubungan silaturahim, dan menyemai semangat saling menghormati dalam kalangan warga universiti tanpa mengira latar belakang keturunan.

Melihat kepada maklum balas positif dan senyuman kepuasan pada wajah setiap peserta yang berjaya membawa pulang hasil karya seni masing-masing, pihak ahli kelab staf amat berharap agar inisiatif berharga seperti ini dapat diteruskan dan diperluas lagi skalanya pada masa akan datang.