Skip to main content

School of Languages Literacies & Translation  l  Engineering Campus

PROGRAM PENGUMPULAN BARANGAN KITAR SEMULA

MEI, 2025- Program Pengumpulan Barangan Kitar Semula dianjurkan oleh Jawatankuasa Kelestarian Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan Kampus Kejuruteraan. Program ini memberi tumpuan kepada pengumpulan kertas, buku terpakai dan botol plastik sebagai usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengurusan sisa secara mampan. Usaha pengumpulan ini dirancang bagi menyokong matlamat mengurangkan sisa buangan melalui kaedah kitar semula yang betul, di samping memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa bahan terpakai sebenarnya mempunyai nilai ekonomi jika diuruskan dengan baik.