Program Pokok Lestari Semarakkan Kesedaran Kelestarian di PPBLT
9 Mac 2026 – Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT), Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin telah menganjurkan Program Pokok Lestari sebagai usaha memupuk kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar. Program ini melibatkan penyertaan warga PPBLT yang bersama-sama menanam pokok di sekitar kawasan kampus.
Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan menghijaukan persekitaran kampus, malah turut menyemai nilai tanggungjawab terhadap kelestarian alam dalam kalangan warga universiti. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi menyokong usaha mewujudkan kampus yang lebih hijau dan lestari.