Skip to main content

Pusat Pengajian Bahasa, Literasi & Terjemahan | Kampus Kejuruteraan 

PROGRAM MEGA COMBI 2026- CARI & MUSNAH AEDES USM KKTSS

2 Julai 2026- Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin telah menjalankan Program Mega Combi 2026- Cari & Musnah Aedes anjuran Jawatankuasa Kelestarian Kampus dengan kerjasama Unit Kesihatan, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) serta Desasiswa Jaya Lembaran Utama.

Program ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif memperkukuh usaha pencegahan demam denggi serta mewujudkan persekitaran kampus yang bersih, selamat dan bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes.

Program ini melibatkan penyertaan staf yang berganding bahu menjalankan aktiviti pemeriksaan dan pembersihan kawasan pejabat, laluan pejalan kaki, longkang, taman landskap serta kawasan sekitar bangunan. Para peserta turut mengenal pasti dan memusnahkan bekas-bekas yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes seperti bekas takungan air, pasu bunga, tayar terpakai dan bekas-bekas yang boleh menakung air.

Penganjuran program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran semua staf terhadap tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan persekitaran dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.