Skip to main content

School of Languages Literacies & Translation  l  Engineering Campus

Satu Slogan, Sejuta Harapan

22 April 2026- Sempena sambutan Hari Bumi, satu program bertemakan "Satu Slogan, Sejuta Harapan" telah dianjurkan bagi menyemarakkan kesedaran pelajar kursus Bahasa Melayu LKM400 terhadap kepentingan memelihara alam sekitar. Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menghasilkan slogan yang kreatif, ringkas dan bermakna, berteraskan mesej pemuliharaan alam sekitar serta amalan kelestarian. Setiap slogan yang dihasilkan bukan sekadar rangkaian kata-kata, malah mencerminkan harapan agar generasi kini dan akan datang lebih menghargai alam sekitar serta mengamalkan gaya hidup lestari. Selain memupuk kreativiti, aktiviti ini berjaya membina semangat tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar. Mereka bukan sahaja menghasilkan slogan yang menarik, malah berpeluang berkongsi idea dan inspirasi dengan rakan-rakan, sekali gus mewujudkan budaya cinta akan alam sekitar di kampus.