Skip to main content

Pusat Pengajian Bahasa, Literasi & Terjemahan | Kampus Kejuruteraan 

  • Seluruh warga Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT), Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin (KKTSS) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Dr. Khor Gek Suan atas kejayaan menamatkan pengajian dan berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Minnan Normal University.

    Kejayaan ini merupakan hasil dedikasi, kesungguhan dan komitmen yang tinggi dalam menimba ilmu serta menyumbang kepada kecemerlangan akademik. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga PPBLT untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan khidmat kepada masyarakat.

    Semoga Dr. Khor Gek Suan terus dikurniakan kejayaan, kecemerlangan dan keberkatan dalam meneruskan kerjaya serta memberikan sumbangan yang bermakna kepada dunia akademik.

    Sekali lagi, tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan ini! 🎉