PROGRAM PENGENALAN TAI CHI
KAMPUS KEJURUTERAAN TUANKU SYED SIRAJUDDIN, USM, 9 September 2026 – Program Pengenalan Tai Chi telah berjaya dilaksanakan. Program anjuran Kelab Staf PPBLT, Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin (KKTSS), Universiti Sains Malaysia (USM) ini bertujuan memperkenalkan asas seni Tai Chi serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga staf.
Program yang berlangsung dalam suasana santai dan ceria ini memberi peluang kepada para peserta mempelajari pergerakan asas Tai Chi yang menekankan aspek keseimbangan, koordinasi pergerakan, kecergasan fizikal dan ketenangan minda.
Selain menjadi aktiviti riadah, pengenalan Tai Chi turut memberikan ruang kepada warga staf untuk meluangkan masa bersama dalam suasana yang lebih santai, sekali gus mengeratkan hubungan dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga PPBLT KKTSS.
Penganjuran program ini diharapkan dapat menjadi salah satu platform untuk membudayakan gaya hidup sihat dan aktif serta meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental warga staf.
Kelab Staf PPBLT KKTSS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, jurulatih serta pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Pengenalan Tai Chi ini.





















