Skip to main content

Pusat Pengajian Bahasa, Literasi & Terjemahan | Kampus Kejuruteraan 

ZON ZAMRUD

 4 Mac 2026 – Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT), Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin telah melaksanakan Projek Zon Zamrud sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran tentang amalan mesra alam dalam kalangan warga kampus.

Projek ini melibatkan penyediaan satu sudut khas yang memaparkan elemen-elemen kelestarian serta bahan-bahan berkaitan penjagaan alam sekitar. Diharapkan Zon Zamrud ini dapat menjadi medium pendidikan dan rujukan yang menggalakkan budaya hijau serta amalan lestari dalam kehidupan seharian.