Skip to main content

School of Languages Literacies & Translation  l  Engineering Campus

Sesi Taklimat Chinese Proficiency Test (HSK)

NIBONG TEBAL, 5 JUN 2024- Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan Kampus Kejuruteraan anjuran Bahagian Bahasa Melayu telah menganjurkan taklimat Chinese Proficiency Test (HSK).

(HSK) merupakan ujian standard yang bertaraf antarabangsa untuk menguji tahap penguasaan bahasa Cina dalam kalangan pelajar bukan penutur asli bahasa Cina dalam penggunaan bahasa seharian, akademik dan bidang profesional. Ujian ini dikendalikan oleh Chinese Testing International dan Han Culture Centre (M) Sdn. Bhd. Ujian ini dibahagikan kepada 9 tahap iaitu HSK (Level I) hingga HSK (Level VI) dan juga HSK (Level VII-IX).

Taklimat HSK ini dirasmikan oleh PM Dr. Manjet manakala Puan Yong Ying Mei selaku Pengarah Confucius Institute, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (CS UMPSA) telah dijemput sebagai penceramah jemputan untuk memberikan taklimat berkaitan HSK dan ucapan penutup disampaikan oleh Puan Khor Gek Suan. Seramai 250 orang pelajar menyertai taklimat ini secara dalam talian iaitu Webex.

HSK a

Sepanjang program ini berlangsung, pelajar didedahkan dengan informasi penting untuk persediaan pelajar yang akan mengambil HSK dan hala tuju selepas pelajar mengambil HSK.

HSK b             HSK c

Oleh itu, berdasarkan taklimat ini para pelajar akan lebih berminat untuk mengambil ujian HSK sebagai menguji tahap penguasaan mereka dalam penggunaan bahasa Cina.

HSK e