Program "1 to 1 HSK Online Booster Class"
USM KAMPUS KEJURUTERAAN, 9 Jun 2024 - Seramai enam pelajar dari Kampus Kejuruteraan telah menyertai program eksklusif "1 to 1 HSK Online Booster Class" dengan jayanya yang berlangsung dari 1 April hingga 19 April 2024. Program ini dianjurkan oleh International Chinese Education Center, School of Humanities, China. Program ini telah menawarkan peluang istimewa kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Mandarin mereka melalui bimbingan secara dalam talian.
Program "1 to 1 HSK Online Booster Class" ini dijalankan secara percuma dan terhad kepada 28 peserta sahaja. Sepanjang tiga minggu tersebut, pelajar telah menjalani kelas bimbingan secara peribadi 1 hingga 2 sesi seminggu dan setiap sesi berlangsung selama 45 minit. Pelajar yang tinggal di luar negara juga mempunyai fleksibiliti untuk memilih waktu kelas yang sesuai dalam pukul 9:00 pagi hingga 8:00 malam (Masa Malaysia).
Kurikulum program ini dirancang dan dikendalikan oleh pelajar universiti dari China yang pakar dalam pendidikan bahasa Cina antarabangsa. Setiap pelajar menerima bimbingan peribadi dari seorang pelajar universiti China yang menyesuaikan pelajaran mengikut tahap kemahiran bahasa Mandarin masing-masing. Kurikulum ini merangkumi pelbagai aspek pembelajaran bahasa Cina, termasuk budaya Cina, titik bahasa, dan banyak lagi.
Kelas-kelas ini dijalankan melalui platform Tencent Meeting atau DingTalk, memberikan pengalaman pembelajaran yang menarik dan interaktif.
Para pelajar dari Kampus Kejuruteraan USM yang terlibat dalam program ini terdiri daripada:
1. |
Shanggamithara A/P Parameswaran |
Tahun 2 dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa |
2. |
Nur Sajadah Binti Noor Kalbi |
Tahun 4 dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral |
3. |
Muhammad Irfan Bin Tajudin |
Tahun 2 dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal |
4. |
Norsyamil Aqqilah Binti Mohd Rahim |
Tahun 2 dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam |
5. |
Nurul Adriana Qashrina Binti Mohd Nujaidi |
Tahun 2 dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral |
6 |
Vinayegam Panjacharam Vyraveraja |
Tahun 2 dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik |
Shanggamithara A/P Parameswaran, salah seorang peserta telah berkongsi pengalamannya:“Program ini sangat membantu saya meningkatkan kemahiran bahasa Mandarin. Dengan bimbingan peribadi, saya dapat memahami konsep yang sukar dengan lebih jelas dan yakin dalam menghadapi ujian HSK nanti."
Pn. Khor Gek Suan, Guru Bahasa Cina USM menyatakan kegembiraannya atas penyertaan aktif pelajar-pelajar dari Kampus Kejuruteraan ini: “Mereka menunjukkan dedikasi yang luar biasa dan saya yakin mereka akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam ujian HSK nanti. Program ini bukan sahaja membantu mereka dalam aspek akademik, tetapi juga membuka peluang yang lebih luas dalam kerjaya mereka kelak."
Dengan berakhirnya program ini, pelajar-pelajar kini lebih bersedia dan yakin untuk menduduki ujian HSK. Penyertaan dalam program seperti ini diharapkan dapat memupuk minat yang lebih mendalam terhadap pembelajaran bahasa asing dan meningkatkan daya saing pelajar dalam pasaran kerja global.
Laporan ini diharap dapat menggalakkan lebih ramai pelajar untuk menyertai program-program sebegini pada masa akan datang, sebagai langkah untuk mempertingkatkan kemahiran bahasa dan seterusnya mencapai kecemerlangan akademik serta profesional.
Gambar-gambar di atas menunjukkan e-mel pengesahan, e-mel peringatan dan sebagainya yang dihantar oleh penganjur kepada pelajar.
Gambar-gambar di atas menunjukkan situasi semasa pelajar menghadiri kelas tersebut secara dalam talian.